Terpalit kontroversi hantar mesej tak senonoh kepada budak bawah umur, CEO Batu ditahan polis Gombak


  • Kes
  • Jumaat, 23 Mei 2025

CEO Batu tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa susulan siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada Khamis.

PEMPENGARUH media sosial, CEO Batu tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa susulan siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada Khamis.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Iqbal atau lebih dikenali sebagai CEO Batu berusia 22 tahun itu hadir secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor sebelum ditahan dan direman bagi membantu siasatan lanjut pada Jumaat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan.

"Ya, kami sudah buka siasatan," katanya ringkas pada Jumaat.

 

 

Terdahulu, media melaporkan, Caprice dalam beberapa hantaran di Instagram mendedahkan bahawa beliau dihubungi oleh ibu kepada mangsa yang memohon bantuan selepas anaknya didakwa menerima kiriman mesej lucah daripada pempengaruh terbabit.

Tangkap layar yang dikongsi memaparkan mesej berserta gambar tidak senonoh yang dihantar oleh lelaki tersebut dengan alasan kononnya ingin menunjukkan parut pembedahan.

CEO Batu turut dilihat menghantar mesej permohonan maaf kepada ibu mangsa serta meluahkan hasrat untuk bertemu secara peribadi bagi menyelesaikan perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram