
SEORANG remaja lelaki kehilangan separuh jari hantu ketika bermain mercun di rumahnya di Batu 23, Jalan Sawmill, Machang, Kelantan pada Ahad.
Memetik laporan Kosmo!, mangsa, Adam Aiman Noor Kamarul Azwan, 14, juga cedera satu lagi telunjuk jari kanan ketika kejadian pukul 8 malam.
Menurut ibu tiri mangsa, Siti Zuraini Muhammad, 24, kejadian berlaku apabila Adam tidak sempat melempar mercun bola yang dicucuh dengan api.
BACA LAGI: [VIDEO] Sempat muat naik status, staf MAS hilang ketika memancing di bawah jambatan Klang
BACA LAGI: Kes GISB: Keputusan ikat jamin 22 ahli termasuk CEO dan isteri ditetapkan 24 Mac
Katanya, Adam pada awalnya cuba menyembunyikan kesakitan di dalam bilik selepas kejadian.
Namun, sepupunya menyedari jari mangsa terputus selepas melihat kesan darah pada tilam ketika mahu mengejutkannya untuk bersahur.
Siti Zuraini kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, Kelantan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Dia juga memaklumkan bahawa Adam diberi wang RM10 untuk membeli kuih.
Namun, dia mengesyaki anaknya membeli mercun selepas mendapat wang.
Video kejadian yang sempat dirakam dan tular di media sosial sejak Isnin itu sekali gus menjadikan ia kes kemalangan mercun pertama pada 2025.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram