[VIDEO] Makan ubat gugur kandungan, wanita dipenjara 9 bulan di Melaka


  • Kes
  • Jumaat, 23 Mei 2025

Seorang wanita dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana menyebabkan janin berusia lima bulan dalam kandungannya mati sebelum dilahirkan. — Gambar Hiasan

SEORANG wanita dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat kerana menyebabkan janin berusia lima bulan dalam kandungannya mati sebelum dilahirkan, minggu lalu.

Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah kafe itu didakwa mengambil ubat 'misoprostol' dengan niat untuk menghalang bayi daripada dilahirkan dalam keadaan hidup. 

BACA LAGI : Terpalit kontroversi hantar mesej tak senonoh kepada budak bawah umur, CEO Batu ditahan polis Gombak

BACA LAGI : Polis tahan seorang lagi pekerja kilang getah, disyaki terbabit kes simbah asid pemilik spa di Bachok

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam tandas sebuah bilik di Bandar Hilir, Melaka, pada 12 Mei lalu, kira-kira pukul 10 malam.

Oleh itu dia dituduh mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga tahanan di Penjara Sungai Udang dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kerana mengalami bengkak susu.

Ubat itu didakwa dibeli di aplikasi TikTok pada harga RM600 pada 12 Mei lalu dan janin itu kemudiannya diberi kepada rakan lelaki untuk ditanam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif manakala, tertuduh diwakili Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Dalam pada itu, peguam tertuduh, Muhammad Izzuddin Ab Malek, merayu agar hukuman penjara dan denda yang dikenakan diringankan kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM1,800 sebulan serta perlu menanggung tiga adik yang masih bersekolah dan bapa berusia 76 tahun.

Muhammad Izzuddin turut memaklumkan bahawa anak guamnya telah menggugurkan kandungan selepas didesak berulang kali oleh teman lelakinya.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman penjara Norazzeti itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada Isnin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram