
SATU kejadian tebing runtuh dilapor berlaku di Kilometer 27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan berhampiran Gua Sejuk menyebabkan laluan terbabit tidak dapat dilalui semua kenderaan.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.30 malam Selasa.
Sehingga kini, katanya laluan terbabit masih tidak dapat dilalui semua kenderaan dan pihak polis sedang mengawal lalu lintas.
BACA LAGI : Imam masjid ditemukan lemas 100 meter dari Jeti Kampung Semaloi
BACA LAGI : Suka 'check' pintu walau sudah dikunci? Ini 8 ciri personaliti tersembunyi anda
"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah memaklumkan kepada pihak Projek Lingkaran Tengan Utama (LTU) tentang kejadian itu yang menyebabkan kesesakan sehingga dua kilometer.
"Kejadian berlaku berpunca cuaca hujan lebat, namun tiada kemalangan jiwa serta kerosakan dilaporkan.
"Pemantauan dilakukan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya," katanya.
Tambah Choon Foo lagi, pihaknya tidak dapat memberikan jangkaan waktu yang sebenar bila laluan terbabit boleh dilalui kerana ia bergantung seberapa cepat bantuan sampai untuk pembersihan.
"Tiada jalan alternatif boleh dilalui dan pengguna diminta bersabar sementara kerja pembersihan dilakukan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram