
POLIS menjalankan siasatan terhadap sebuah portal berita dalam talian yang disyaki menyiarkan laporan berhubung penemuan mayat Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor sehingga tular di media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita akan panggil pihak yang terbabit untuk dirakam keterangan," katanya pada Selasa
BACA LAGI : Lapan suspek, 5 kenderaan terbabit dalam penculikan Pamela Ling — Polis KL
BACA LAGI : Mayat wanita dicampak dari van di Lebuh Raya Kesas bukan Pamela Ling — Polis
Pada Isnin polis mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial sebuah portal berita dalam talian bertajuk Police Interview Pamela Ling's Children and Family Friend in Death Investigation adalah palsu.
Hussein mengesahkan tiada apa-apa laporan diterima pihaknya berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya, seperti yang dinyatakan dalam laporan tular berkenaan.
Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan.
Laporan polis berhubung kehilangannya diterima pada 3.02 petang hari yang sama. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram