[VIDEO] Kaji semula had umur bersara 60 tahun, cadang Azalina


  • Massa
  • Selasa, 20 Mei 2025

Cuepacs pernah mencadangkan pada tahun 2015 agar umur persaraan bagi pekerja sektor awam dilanjutkan kepada 62 tahun. — Gambar Hiasan

UMUR persaraan penjawat awam wajar dilanjutkan kepada 65 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. 

Beliau turut menggesa kerajaan perpaduan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Menurut beliau, pada masa kini ramai penjawat awam yang bersara pada usia 60 tahun masih muda dan produktif.

BACA LAGI : Imam masjid ditemukan lemas 100 meter dari Jeti Kampung Semaloi

BACA LAGI : Putus haid sebelum usia 40? Ramai masih tak tahu punca menopaus pramatang

Pada masa yang sama, katanya, umur persaraan wajib bagi hakim ialah 65 tahun dengan pilihan untuk menyambung khidmat selama enam bulan lagi.

Beliau berkata, demikian kepada media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai dan kakitangan dari kementeriannya yang akan bersara tahun ini.

Umur persaraan semasa bagi penjawat awam ialah 60 tahun, namun terdapat cadangan sebelum ini untuk melanjutkannya.

"Mungkin kerajaan perlu melihat 65 tahun sebagai umur persaraan yang baharu kerana ramai yang mencapai usia 60 masih lagi muda dan bilangan golongan berusia 60 tahun dalam populasi juga semakin meningkat," katanya.

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2018 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika taklimat media mengenai Rang Undang-Undang AntiBerita Tidak Benar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.?Gambar FAUZI BAHARUDINPemberita Team Parlimen

Datuk Seri Azalina Othman Said

"Sesetengah negara sedang bergerak ke arah umur 65 tahun dan kerajaan patut kaji perkara ini. Ini adalah pandangan peribadi saya. 

"Hakim kita bersara pada umur 65, manakala di beberapa negara Asean, hakim mereka bersara pada umur 70,” tambah beliau.

Seramai 31 pegawai dan kakitangan dari kementeriannya akan bersara tahun ini, manakala 157 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Azalina berkata, idea untuk melanjutkan umur persaraan adalah bagi membolehkan mereka yang mencapai umur 60 tahun terus menyumbangkan pengalaman mereka selagi masih berasa muda dan mampu bekerja.

Cadangan ini juga timbul susulan laporan akhbar The Star baru-baru ini yang meneliti semula pandangan pakar untuk menaikkan umur persaraan sebagai usaha menangani potensi krisis pencen, memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah menjadi negara tua.

Kajian Bank Dunia pada tahun 2020 mengunjurkan bahawa menjelang 2044, sebanyak 14 peratus daripada populasi Malaysia akan berusia lebih 65 tahun, dan angka ini dijangka meningkat kepada 20 peratus menjelang 2056. 

Jabatan Perangkaan turut menyatakan jangka hayat purata rakyat Malaysia pada tahun 2023 ialah 74 tahun.

Cadangan untuk menaikkan umur persaraan juga bertujuan memberi peluang kepada individu untuk terus menjana pendapatan kerana menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seorang daripada empat rakyat Malaysia kehabisan simpanan persaraan mereka dalam tempoh lima tahun.

Malah, Kongres Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pernah mencadangkan pada tahun 2015 agar umur persaraan bagi pekerja sektor awam dilanjutkan kepada 62 tahun bagi membolehkan mereka mengumpul pendapatan mencukupi untuk hari tua. — The Star/ SHERIDAN MAHAVERA

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram