Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanah Suci


  • Massa
  • Isnin, 19 Mei 2025

Mohd Na'm memaklumkan jemaah itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Omar. — Gambar hiasan

SEORANG lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada pagi Isnin akibat serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam satu hantaran, beliau memaklumkan jemaah dikenali sebagai Abdullah Mat, 59, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Omar.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak muda Kuantan bukan setakat 'restore' topi, malah gamit semula kenangan sentimental pelanggan termasuk dari UK-AS

BACA LAGI: Tubuh Naza Group pada usia 21 tahun, Allahyarham Nasimuddin kebanggaan Kuala Pilah

“Jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Abraj al Janadriyah. Arwah ditemani isterinya, Sarifah Hassan sepanjang tempoh perjalanan haji ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. 

Mohd Na’im berkata, pihak Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham dan urusan berkaitan lain akan disempurnakan dengan sebaiknya.

Terdahulu, seorang jemaah haji Malaysia, Norizah Tambunan Nordin, 47, meninggal dunia pada Jumaat selepas terkena serangan jantung ketika berada di dalam kawasan Masjidil Haram. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram