
SEBUAH kereta mewah jenis Ferrari 458 Spider hangus terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Jambatan Kampung Gadak di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Pahang, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kereta terbabit dilaporkan sedang dalam perjalanan konvoi bersama 13 kenderaan lain dari Singapura ke Cherating, Kuantan untuk bercuti.
Ferrari 458 Spider itu dipandu oleh seorang jurutera IT warga Singapura berusia 34 tahun dan turut dinaiki bersama teman wanitanya.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Bagaimanapun, kedua-dua mereka sempat keluar dari kereta menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, ereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Ferrari Singapura Yang Dipandu Laju Macam Orang Gila Terbabas Dan Hangus Terbakar Di Pahang
MUADZAM SHAH, 17 Mei — Sebuah kereta mewah jenis Ferrari 458 Spider yang menyertai konvoi dari Singapura ke Cherating, Kuantan, terbabas dan terbakar berhampiran Jambatan Kampung Gadak di… pic.twitter.com/vwGPFSouRq
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 17, 2025
"Akibat kejadian itu, kereta mewah tersebut terbakar hingga musnah sepenuhnya.
"Mangsa dan teman wanitanya warga Hong Kong berusia 33 tahun sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Sharif Shai turut memaklumkan susulan kejadian itu, mangsa dikenakan saman di bawah Peraturan 10 LN 166/59 dengan denda RM300 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.
Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka di media sosial menunjukkan konvoi kira-kira 14 buah Ferrari pelbagai model dari Singapura yang dipandu dengan kelajuan tinggi.
Kenderaan di dalam konvoi terbabit juga didakwa memotong secara berbahaya di laluan garis berkembar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram