
TULAR pada Jumaat mengenai sat insiden kemalangan melibatkan sebuah konvoi motosikal jenis Yamaha Xmax dari Malaysia terlibat dalam kembara di Thailand.
Klip berdurasi 30 saat mengenai kejadian tersebut dimuat naik oleh akaun Facebook, Chee Tart.
Difahamkan, kumpulan penunggang tersebut merupakan peserta kepada konvoi yang dikenali sebagai Mega Ride Xmax Koh Samui.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Menerusi video dikongsikan, terdapat sekurang-kurangnya lima motosikal rombongan terlibat dalam kemalangan yang berlaku.
Pada masa sama, sekurang-kurangnya tiga mangsa dipercayai peserta konvoi berkenaan dilihat terbaring di atas jalan.
Status kecederaan dan waktu serta tarikh sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
"Harap semuanya selamat. Hati-hati semua yang ride," ujar hantaran yang memuat naik video tersebut pada Jumaat.
Di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan kebimbangan terhadap nasib yang menimpa peserta konvoi terbabit.
Pada masa sama, ada antara mereka turut melahirkan kerisauan mengenai kos bakal ditanggung oleh penunggang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen berpandangan mangsa berkemungkinan dikecualikan daripada menanggung kos kemalangan berkenaan sekiranya mengambil insurans lengkap ketika melancong ke negara tersebut.
"Kalau ambil insuran tepi jalan yang RM50 itu, memang siap la duit. Langgar pula orang sana, memang gadai apa yang ada.
"Kalau ambil insuran pakej penuh tidak ada masalah. Masuk hospital boleh cover samapi ratus ribu. Geng-geng ini mesti ambil pakej insurans penuh sebab mereka konvoi motor ramai-ramai," tulis Ai Ryl.
"Pergi sana elok ambil insurans yang cukup lengkap biar mahal tak apa janji cover semua kalau apa-apa jadi dekat sana, " kata Jusra Johari.
"Rasanya (insurans) yang biasa cover kenderaan sahaja. Kalau yang mahal itu cover pemilik (sekali)," kata Faikar Hazim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram