
SEBUAH kren dilaporkan terjatuh dari sebuah tapak pembinaan di atas bukit dan meluncur ke tengah-tengah jalan di bahagian lereng kawasan berkenaan.
Kejadian itu berlaku berdekatan Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada pagi Jumaat.
Menerusi video dikongsikan orang awam, kren terbabit dilihat berada dalam keadaan terbalik dan melintang menutupi keseluruhan lalauan terbabit.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Pada masa sama, sebahagian daripada besi panjang kren berkenaan turut terjulur memasuki laluan bertentangan.
Status dan jumlah mangsa terlibat dalam insiden tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemalangan terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram