
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua wanita yang bergelar ibu bersempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.
Anwar menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Ahad berkata, ibu bukan sekadar permaisuri dalam sesebuah keluarga, malah berperanan sebagai tunjang utama dalam membentuk dan mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu serta bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas ihsan yang tinggi.
"Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani,” katanya.
BACA LAGI: Tak lekang bergaya walau bergelar ibu, 6 selebriti wanita serlah pesona tersendiri
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
Sambutan itu sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dalam membesarkan anak-anak dan membentuk keluarga yang harmoni serta masyarakat sejahtera. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram