[VIDEO] Pekerja swasta berputih mata motor BMW ditunda pencuri buat 'job' siang buta


  • 112
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Tangkap layar video tular mengenai kecurian motosikal berkuasa tinggi tersebut baru-baru ini.

POLIS sedang menyiasat kes kecurian sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW milik seorang pekerja swasta di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Desa Baiduri, Cheras Selangor.

Video mengenai kecurian itu tular di media sosial dengan dua pencuri dilihat menunda keluar motosikal mangsa keluar dari kawasan tersebut pada waktu siang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata mangsa, mangsa seorang lelaki berusia 45 tahun, membuat laporan polis kira-kira pukul 8.23 ​​malam Khamis.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

“Kami percaya kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45 petang hari sama.

“Rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di pondok keselamatan kondominium itu menunjukkan motosikal terbabit dibawa dua lelaki.

“Seorang daripada mereka menunggang motosikal lain manakala seorang lagi menunggang motosikal mangsa.

“Nombor pendaftaran motosikal suspek adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Naazron turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi pembantu pegawai penyiasat Sjn Siti Norhafizah Mat Yusoff di talian 011-54539190. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram