[VIDEO] 'Luar setinggan dalam kondo,' melangkah masuk rumah usang berubah 360 darjah jadi kediaman mewah


  • Relaks
  • Jumaat, 18 Apr 2025

Sebuah kediaman di Indonesia tular di media sosial kerana ramai tidak menyangka ruang dalamnya direka cantik persis sebuah kondominium mewah.

SEBUAH rumah dipercayai di Indonesia tular di media sosial selepas menampilkan kelainan yang mengejutkan kebanyakan pengguna media sosial. 

Dari luaran, rumah tersebut kelihatan seperti sebuah rumah usang biasa, namun siapa sangka, bahagian dalamnya menonjolkan suasana yang begitu mewah seakan-akan sebuah kondominium eksklusif.

Video yang dimuat naik di TikTok, Abu Arfandy menunjukkan seseorang membuka pintu rumah yang dari luar kelihatan cukup usang dan tidak menarik perhatian. 

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

@abuarfandy Rumah biasa yangvdalamnya luar biasa. #rumahminimalis #rumahtua #rumahaesthetic #rumahviral #rumahantik suara asli -     ARFANDY

Namun, sebaik sahaja masuk ke dalam, suasananya berubah 360 darjah dengan pencahayaan kuning (warm white), hiasan lampu moden dan mewah di samping susun atur perabot yang nampak cukup elegan.

Momen dalam video tersebut turut memperlihatkan tetamu undangan pemilik kediaman sedang duduk bersantai dan beraya di dalam rumah berkenaan. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang kagum dengan rekaan sebegitu yang dianggap bukan sahaja unik dari segi seni bina, tetapi juga dianggap kreatif. 

“Bagus ini, elak perompak masuk. Tak berminat nak masuk kalau sekadar tengok luar rumah," tulis Kedai Macam-Macam Hado

“Luar setinggan, dalam kondo," tulis Balqis Haikal258

“Pencuri pun tak lalu nak masuk tengok rumah luar kayu sahaja. Tetapi dalam dia fuhh masya-ALLAH cantik sungguh," tulis Bunga. 

“Dari luar tengok rasa kasihan owner rumah ni. Tengok dalam rumah… hmmm, rumah aku lagi kasihan," kata Hannah Amyra.

Malah, pengguna lain, Abfrio Mat Najip17 pula menggambarkan rumah tersebut sebagai satu bentuk penyamaran yang hebat.

"Luaran umpama rakyat biasa, tetapi dalaman level menteri," katanya. 

Warga maya, Shima Mahmud juga memberi komen yang mencuit hati dengan berseloroh yang pemilik rumah tersebut boleh cuba meminta bantuan hanya dengan menunjukkan keadaan luar rumahnya. 

"Ni kalau minta bantuan pun, orang datang cek rumah tengok luar sahaja sudah lulus. Tengok dalam terus nyesal luluskan," guraunya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram