[VIDEO] 'Nak cari duit sambung belajar', anak Kelantan merantau ke Selangor diduga tayar motor dicuri


  • Tular
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan tayar belakang motosikal remaja terbabit hilang dipercayai dicuri.

SEORANG remaja lelaki meluahkan kekecewaannya selepas tayar belakang motosikal miliknya hilang dipercayai dicuri di kediamannya di Savanna Southvile, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, situasi itu disedarinya ketika mahu berangkat untuk pergi bekerja.

Dalam video sama, remaja tersebut dikatakan sanggup merantau dari Kelantan ke Selangor demi mencari rezeki bagi menampung kos melanjutkan pengajiannya.

BACA LAGI: Harga emas akan terus naik tapi tetap pilihan utama pelaburan

BACA LAGI: 'Harap ikut jejak Terengganu', kerajaan Selangor pertimbang larangan jual vape

 

 

 

 

"Aku rasa kecewa sebab datang dari jauh seorang diri sampai Selangor untuk kerja (p-hailing), cari rezeki, nak tampung belajar, keluarga dan lain-lain," luahnya.

Dia pada masa sama memohon agar pencuri terbabit memahami keadaan dan situasi orang lain yang dalam kesusahan.

Remaja tersebut bagaimanapun terpaksa reda dengan kejadian yang berlaku itu.

Rata-rata warga maya turut menyokongnya dan memberi semangat untuk dia terus berusaha.

"Mohon sabar tabahkan hati. Cakap hati ada hikmah di sebalik semuanya, nanti ALLAH akan gantikan yang lebih baik," koata Sipah Parin.

"Semoga ada bantuan buat kamu adik, insya-ALLAH pasti ada kenalan yang buat baik pada kamu," doa Nor Baizura.

Namun, sehingga kini, belum ada perkembangan terbaharu berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram