
SEORANG lelaki berusia 50 tahun direman empat hari berhubung kes kematian isterinya yang maut selepas terjatuh dari sebuah van yang sedang bergerak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Kuala Lumpur Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek telah direman selama empat hari sehingga Sabtu.
"Siasatan dijalankan mendapati sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan itu mengenai penggunaan van oleh isterinya yang tiada lesen memandu.
"Semasa pertengkaran, wanita itu beritahu nak terjun sebelum berbuat demikian dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur pada Khamis.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Saksi melaporkan melihat mangsa dicampak keluar dari sebuah van yang sedang bergerak di di Lebuhraya Kesas. — Gambar/Orang Awam
Katanya, di sebalik kejadian yang menimpa isterinya, suspek meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, suspek ditahan pada pukul 6 petang Selasa di Taman Kinrara, Puchong.
"Dia mengaku terlibat. Dia berkata dia dan isterinya bertengkar dalam perjalanan pulang," katanya.
Suspek juga didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.
Saksi memberitahu polis mangsa berusia 44 tahun itu tercampak keluar dari sebuah van yang sedang bergerak sekitar jam 2.30 petang Selasa di Lebuhraya Kesas berhampiran R&R Awan Besar.
Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram