Lebih 10 laluan di Lembah Klang, Putrajaya ditutup mulai Selasa


  • Primer
  • Isnin, 14 Apr 2025

Kesemua laluan terbabit akan ditutup mengikut jadual yang ditetapkan. — PDRM

SEBANYAK 17 laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya dikenal pasti akan ditutup bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi sempena lawatan negara oleh Presiden China, Xi JinPing ke Malaysia selama tiga hari bermula Selasa nanti. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua laluan itu akan mengalami penutupan sementara antara 30 hingga 45 minit bergantung pergerakan delegasi.

Beliau berkata, antara laluan yang akan ditutup pukul 6 petang Selasa adalah Lebuh KLIA, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan Jalan P5. 

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan panik jika lihat warna daging mirip pelangi, dipanggil sebagai fenomena 'iridescent beef' dan selamat dimakan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aku dah kata', mulut masin wanita lihat pemandu Axia berpusing lepas potong laju di selekoh

(230331) -- BEIJING, March 31, 2023 (Xinhua) -- Chinese President Xi Jinping meets with Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Great Hall of the People in Beijing, capital of China, March 31, 2023. (Xinhua/Rao Aimin)

Xi JinPing (kanan) akan melakukan lawatan delegasi ke Malaysia pada Selasa. —  Agensi

Seterusnya, penutupan laluan pada Rabu pula bermula 9.30 pagi, melibatkan Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE).

Ia turut membabitkan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Jalan Istana, Jalan Damansara serta Jalan Sultan Abdul Halim dan Jalan Sultan Iskandar.

Menurutnya, sesi penutupan kedua pada hari sama pula bermula 12.30 tengah hari yang akan membabitkan laluan sama untuk perjalanan pulang delegasi ke lokasi seterusnya.

Pada Rabu itu juga, bermula pukul 4.10 petang, penutupan dan lencongan membabitkan Jalan P5, Lebuh Gemilang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Sentosa, Lebuh Perdana Barat dan Persiaran Seri Perdana, manakala penutupan laluan di Persiaran Seri Perdana, Lebuh Perdana Barat, Lebuh Sentosa, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Gemilang dan Jalan P5 pada 6.30 petang. 

Beliau turut memaklumkan, pukul 8.50 pagi Khamis pula delegasi akan meninggalkan Putrajaya melalui Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya ELITE dan Lebuh KLIA.

"Pihak kami turut mengatur 378 pegawai dan anggota polis untuk mengiringi rombongan, mengawal aliran trafik dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. 

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan merancang semula perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan jalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram