Bertengkar sebelum isteri tercampak keluar dari van, polis tahan suami wanita maut di Kesas


  • 112
  • Rabu, 07 Mei 2025

Saksi melaporkan melihat mangsa dicampak keluar dari sebuah van yang sedang bergerak di di Lebuhraya Kesas. — Gambar/Orang Awam

SUAMI kepada wanita yang maut selepas didakwa tercampak keluar dari sebuah van di sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur telah ditahan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada Selasa pukul 6 petang di Taman Kinrara, Puchong, Selangor.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

"Suspek mengaku terlibat dalam kes itu. Katanya, berlaku pertengkaran antara dia dan isteri ketika dalam perjalanan pulang," kata Aidil pada Rabu.

Siasatan menunjukkan lelaki terbabit positif dadah dan mempunyai rekod terdahulu untuk kesalahan jenayah dan berkaitan dadah.

Saksi pada Selasa memberitahu polis bahawa mangsa berusia 44 tahun telah tercampak keluar dari sebuah van sekitar pukul 2.30 petang di sepanjang Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar.

Van tersebut kemudiannya dipercayai memecut laju meninggalkan lokasi.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertindak balas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram