Gadis tak ramai kawan, Putri Alya Husna tak pulang rumah di Kuantan pepagi buta


  • 112
  • Rabu, 07 Mei 2025

Putri Alya dilaporkan hilang pada pukul 3 pagi Selasa.

SEORANG remaja dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari rumah keluarganya di Taman Mahkota Permai di Kuantan, Pahang pada pagi Selasa (6 Mei).

Remaja perempuan itu itu, Putri Alya Husna Mohd Jabar, 15, dilaporkan hilang pada pukul 3 pagi Selasa oleh bapanya apabila tidak melihat keberadaannya di rumah.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, bapanya melaporkan kali terakhir melihat anak perempuannya sedang menjamu selera di rumah itu, pada pukul 10.30 malam Isnin.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

“Menurutnya (bapa), dia dan isteri tidak pernah mengalami sebarang masalah atau bergaduh dengan mangsa dan gadis itu pernah keluar rumah sebelum ini, tetapi akan pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Zahari berkata, gadis itu tidak mempunyai kawan rapat sejak keluarganya berpindah dari Taman Tas ke Taman Mahkota Permai dan dia juga tidak mendaftar di sekolah baharunya.

Ujarnya, remaja perempuan itu tidak membawa telefon bimbit kerana dirampas bapanya.

Ciri-ciri mangsa ialah berkulit cerah, ketinggian kira-kira 160 hingga 165 sentimeter, rambut lurus paras pinggang berwarna hitam, berbadan kurus, muka bersih dan tiada parut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram