
MAYAT seorang nelayan, Ismail Ahmad yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika menyauk kerang berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang ditemukan orang awam pada Jumaat.
Difahamkan, mangsa yang berusia 28 tahun ditemui di kawasan sangkar ikan di Sungai Udang.
Melalui perkongsian awal di laman Facebook, jenazah Ismail dibawa ke Jeti Batu Musang, Batu Kawan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
BACA LAGI : Selari dengan amalan biasa, Ayob Khan pilihan tepat untuk ketuai PDRM — Penganalisis Jenayah
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mengesahkan mangsa dijumpai sekumpulan nelayan berhampiran sangkar ikan Sungai Udang, kira-kira pukul 9.40 pagi.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dipercayai dia terjatuh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pasukan penyelamat dengan bantuan Maritim Malaysia (APMM).
“Mayat lelaki itu ditemui kumpulan nelayan berdekatan sangkar Sungai Udang. Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Musang, Batu Kawan dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, tular di media sosial pada Khamis memaparkan satu rakaman video memaparkan sebuah bot tanpa pemandu berpusing-pusing di tengah laut dipercayai milik mangsa.
Menurut pemilik video, mangsa dilihat sempat melambai meminta pertolongan sebelum hilang dari pandangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram