
AKAUN media sosial beberapa pelakon dan selebriti Pakistan dilaporkan sudah disekat di India susulan serangan pengganas di Kashmir yang mengorbankan seramai 26 orang pada minggu lalu.
India sebelum ini menyalahkan Pakistan atas serangan tersebut.
"Akaun tidak boleh diakses di India.
"Ini kerana kami dikehendaki untuk mematuhi permintaan undang-undang untuk menyekat kandungan ini," tulis beberapa selebriti terlibat di laman Instagram.
BACA LAGI: Gadis hilang di Kuching dilapor selamat ditemui lebih 60km dari kawasan sekolah
Pasukan keselamatan India memeriksa lokasi yang mana militan melepaskan tembakan ke arah pelancong di Pahalgam Kashmir yang ditadbir India. — Agensi
Antaranya ialah Mahira Khan, Hania Aamir, Ali Zafar, Sanam Saeed, Bilal Abbas, Iqra Aziz, Sajal Aly dan Imran Abbas.
Atlet rejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem yang pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 juga disekat akaun Instagramnya.
Serangan itu secara tidak langsung menyaksikan pemberontakan anti-India.
"Hati saya menyayangi nyawa yang tidak berdosa terjejas akibat peristiwa baru-baru ini.
"Dalam kesakitan, dalam kesedihan, harapan kita adalah satu.
"Apabila nyawa yang tidak bersalah hilang, kesakitan bukan milik mereka sendiri tetapi, ia adalah milik kita semua tidak kira kita berasal dari mana," luah Hania Aamir.
Meskipun tidak pernah bekerja di India, drama Pakistannya diminati peminat di negara itu.
Filem dibintangi pelakon Pakistan, Fawad Khan, Abir Gulaal yang pada asalnya dijadualkan di pawagam pada 9 Mei ini juga dilaporkan tidak mungkin akan ditayangkan di negara tersebut.
Bagaimanapun, akaun Instagramnya masih boleh diakses di India.
India juga dilaporkan menggambarkan semua militan di Kashmir sebagai keganasan yang disokong Pakistan.
Namun, Pakistan menafikan perkara tersebut dan rata-rata Kashmir beragama Islam menganggap militan itu antara perjuangan pemisah tempatan.
Terdahulu, hubungan antara India dan Pakistan menunjukkan perubahan drastik susulan serangan maut kumpulan militan di bahagian Kashmir yang ditadbir India.
Kedua-dua pihak cuba membuat tuntutan penuh terhadap wilayah berkenaan yang turut menyaksikan berlakunya tiga peperangan sejak mereka mendapat kemerdekaan daripada Britain.
Dalam kejadian serangan pada 22 April lalu, 25 daripada 28 pelancong yang terbunuh adalah warga India.
New Delhi dengan segera menuding jari ke arah Pakistan, sekali gus menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram