
SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku di sebuah kawasan kuari di Rawang Selangor pada Isnin dipercayai membabitkan sebuah lori pasir yang mengalami masalah brek.
Dalam kemalangan membabitkan dua lori yang membawa muatan pasir itu, salah sebuah daripadanya dikatakan mengalami masalah brek ketika melakukan perjalanan pendakian di sebuah jalan berbukit.
Situasi berkenaan menyebabkan lori terbabit mengundur ke bawah sebelum merempuh sebuah lagi lori yang berada di dalam laluan sama di belakangnya.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Impak daripada kemalangan pada pukul 8 pagi itu dilapor menyebabkan pemandu lori yang dirempuh dari arah depan maut.
Video mengenai kejadian berkenaan tular selepas ia dimuat naik oleh akaun Facebook, Galeri Lori Malaysia.
Dalam pada itu, hantaran yang memuat naik video berkenaan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berlebihan terhadap situasi terbabit.
"Driver lori dah periksa macam mana pun tak kira lori baru atau lama bila ia nak jadi akan jadi juga, Netizen semua pandai sembang saja.
"Nanti disuruh bawa lori tahu mengelupor pula komen macam-macam masing masing sibuk nak jadi malaikat.
"Min (Admin) nak pesan sikit la jika tak tahu situasi kerja kami lebih baik korang diam. Salam takziah," tulis hantaran tersebut.
Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram