
ORANG ramai, khususnya lepasan sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi di Sarawak, dinasihatkan supaya berwaspada dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menggunakan helah tawaran menyambung pelajaran di peringkat universiti.
Melalui perkongsian di laman media Facebook Sarawak Awareness pada Isnin mendakwa taktik terbaharu sindiket itu dikesan menggunakan mesej WhatsApp dan Telegram.
Lebih meragukan, mesej itu langsung tidak menyatakan nama universiti yang terlibat dan hanya meminta calon untuk hadir ditemuduga di lokasi tertentu di Sarawak.
BACA LAGI : [VIDEO] Larikan RM500, polis buru geng pecah masuk restoran di Ulu Tiram
BACA LAGI : Selari dengan amalan biasa, Ayob Khan pilihan tepat untuk ketuai PDRM — Penganalisis Jenayah
"Kepada ibu bapa dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang menerima mesej ini perlu lebih berhati-hati.
"Universiti awam mana yang hantar mesej sedemikian ? Nama universiti pun tak tulis," katanya.
Tangkap layar pekongsian mesej meragukan yang diterima orang awam berhubung tawaran menyambung pelajaran di peringkat universiti.
Pentadbir laman Facebook berkenaan turut memuat naik tangkap layar hantaran mesej yang menawarkan tawaran menyambung pelajaran di peringkat universiti.
Pentadbir laman Facebook itu turut menasihatkan ibu bapa dan calon SPM agar menyemak kesahihan sebarang tawaran pengajian.
Menjengah ke ruangan komen, Christian Rentap turut menasihat orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan helah yang semakin berani menipu atas nama institusi pengajian tinggi.
"Orang ramai yang menerima mesej sedemikian dinasihatkan untuk membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," tulisnya.
Malah seorang lagi pengguna Facebook, Apai Mit mendakwa, ada mesej yang dihantar itu juga disertakan dengan pautan palsu.
"Pernah terima mesej seperti ini, siap ada pautan link palsu. Jangan tekan, ini semua kerja scammer," dakwanya.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang terlibat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram