
SEORANG lelaki warga Jordan mengakui lebih menggemari makanan Malaysia berbanding hidangan Indonesia walaupun mempunyai rakan rapat dari negara itu.
Pengakuan itu dibuat dalam satu video TikTok yang kini tular sejak Sabtu, menunjukkan perbualan santai antara lelaki tersebut dan rakannya, seorang wanita warga Indonesia.
Menerusi video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik pengguna Ayu Jasmine di akaun @rrayu_, wanita itu bertanya mengapa lelaki berkenaan menyukai makanan Indonesia.
BACA LAGI: Misteri 3 kereta culik isteri taikun bisnes Sarawak sebelum sempat beri keterangan SPRM undang tanda tanya
BACA LAGI: Selari dengan amalan biasa, Ayob Khan pilihan tepat untuk ketuai PDRM — Penganalisis Jenayah
Beria nk kata mamat Jordan tu suka makan Indonesia…tapi sekali …jawapan mamat Tu sebaliknya…lebih suka makanan Malaysiapic.twitter.com/KihYMiBa6B
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) May 3, 2025
Namun secara mengejutkan, lelaki itu menyebut makanan kegemarannya ialah nasi lemak yang dianggap hidangan popular Malaysia.
Enggan mengalah, Ayu Jasmine kemudian menukar topik nasi goreng berasal dari Indonesia.
Bagaimanapun lelaki itu tetap dengan pendiriannya bahawa dia lebih menyukai makanan Malaysia.
"Malaysia lebih baik," katanya secara spontan.
Seorang pengguna X (Twitter) @Cool_Wannabe82 memuat naik semula rakaman video pada Sabtu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang terhibur dengan perbezaan pendapat antara kedua-dua individu itu.
"Beria nak kata mamat Jordan tu suka makan Indonesia tapi sekali jawapan mamat tu sebaliknya. Lebih suka makanan Malaysia," ciapnya.
Seorang lagi pengguna X, @Deegee4646 turut berseloroh dan meninggalkan komen sinis, nasi goreng berasal dari China.
"Salah. Nasi goreng itu asalnya daripada masyarakat Cina. Untuk claim itu sebagai makanan Indonesia itu, perlu baca banyak lagi asal-usul makanan.
"Kami (Malaysia) pun tak claim nasi goreng tu Malaysia punya," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram