[VIDEO] Larikan RM500, polis buru geng pecah masuk restoran di Ulu Tiram


  • 112
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Tangkap layar memaparkan sekumpulan lelaki memecah masuk masuk sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa dekat Ulu Tiram, Johor, pada Rabu lalu.

POLIS kini giat memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa dekat Ulu Tiram, Johor, pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Azrulhisham Mohd Shaffie berkata, pihaknya mengesan video tular berkaitan kejadian itu sekitar jam 2.20 petang pada Sabtu.

Menurut beliau, satu laporan polis dibuat oleh pemilik restoran, seorang wanita tempatan berusia 38 tahun, pada 30 April lalu.

BACA LAGI : Misteri 3 kereta culik isteri taikun bisnes Sarawak sebelum sempat beri keterangan SPRM undang tanda tanya

BACA LAGI : Sistem pemilihan tidak adil dikata punca Rafizi pernah luah mahu letak jawatan

"Pengadu memaklumkan bahawa restorannya dipecah masuk dan mengalami kerugian kira-kira RM500," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram