Budak 4 tahun tersepit tahan sakit hampir setengah jam angkara lori terbalik di Sik


  • 112
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'air lifting bag'.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanaya mampu menahan kesakitan hampir setengah jam selepas tersepit pada lori membawa muatan besi yang terbalik selepas kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba di Sik, Kedah pada Sabtu. 

Kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang kakaknya yang berusia 18 tahun di laluan berbukit di Kampung Charuk Damar. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Jamil Mat Daud berkata, ketika kejadian motosikal terbabit berada di belakang lori dengan dua beradik itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berkenaan.

BACA LAGI : [VIDEO] Nelayan terjatuh ketika sauk kerang di Pulau Pinang ditemukan lemas di kawasan sangkar ikan Sungai Udang

BACA LAGI : Pemandu treler parah diserang 2 lelaki bertopeng ketika berehat di Tanjong Karang

Katanya, sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'air lifting bag'.

"Mangsa membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun yang cedera pada kaki, manakala adik lelakinya berusia empat tahun tersepit pada tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Tambah beliau lagi, operasi dilakukan berhati-hati disebabkan mangsa masih kecil, selain anggota cuba menstabilkan lori bagi mengelakkan ia menggelungsur. 

Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram