KPDN beri jaminan tiada kenaikan harga telur ayam walaupun subsidi dikurangkan


  • Primer
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Walaupun subsidi telur dikurangkan, harga barangan itu masih tertakluk di bawah kawalan harga. — Gambar Hiasan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini memantau secara teliti harga serta bekalan telur ayam susulan pengurangan subsidi yang mula berkuat kuasa pada Khamis. 

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata, walaupun subsidi telur dikurangkan, harga barangan itu masih tertakluk di bawah kawalan harga dan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menaikkan harga sesuka hati.

"Saya bukan sekadar menyuarakan harapan, tetapi menegaskan dan mengingatkan semua pihak bahawa harga telur masih dikawal. Jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga.

BACA LAGI : Kurangkan subsidi telur mungkin strategi 'soft landing', mekanisme pasaran sihat

BACA LAGI : [VIDEO] Nak jimat beli telur 'online' tapi kena tipu, polis nasihat orang ramai waspada taktik 'scammer'

"Pegawai-pegawai kementerian turut menjalankan pemantauan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan," katanya pada Sabtu. 

LABUAN, 6 Mei -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali ketika berucap pada sesi taklimat program lawatan kerja ke Pejabat Mahkamah Anak Negeri Labuan hari ini.Akta Anak Negeri khusus untuk Wilayah Persekutuan Labuan akan diwujudkan sebagai usaha memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Mahkamah Anak Negeri di pulau bebas cukai itu.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Armizan Mohd Ali

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penamatan kawalan harga telur ayam secara berperingkat, dengan subsidi dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos.

Armizan menjelaskan bahawa keputusan pengurangan subsidi dibuat selepas perbincangan panjang, mengambil kira risiko kenaikan harga serta keperluan untuk memastikan bekalan telur terus stabil di pasaran.

Tambah beliau, kementeriannya juga menjalankan pelbagai operasi pemantauan harga dan bekalan barangan termasuk telur, serta menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelaras tindakan untuk menjamin kestabilan harga dan ketersediaan bekalan di pasaran.

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan menggunakan pelbagai saluran aduan yang disediakan oleh KPDN untuk melaporkan sebarang isu berkaitan harga atau bekalan telur dan barangan keperluan lain.

"KPDN komited untuk menyiasat setiap aduan berkaitan harga dalam tempoh 24 jam. 

"Jadi, laporkan segera melalui platform yang disediakan dan tindakan akan diambil serta-merta jika didapati ada pihak menaikkan harga telur," tegas beliau. — The Star 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram