
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap hampir lima jam dalam sebuah van sekolah di Taman Bukit Indah dekat Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sekolah kira-kira pukul 12 tengah hari, hampir lima jam terperangkap.
"Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah di sini (Johor Bahru) dikatakan menaiki van dari kediaman keluarga sebelum sampai di hadapan tadika kira-kira pukul 7.30 pagi hari yang sama.
BACA LAGI : [VIDEO] Guru maut ketika beraksi di litar lumba Melaka
BACA LAGI : [VIDEO] Ada 4 rekod jenayah, pemandu naik hantu langgar lelaki ditahan — Polis Klang
"Mangsa dipercayai tertinggal selepas pemandu van menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika pada pukul 7.30 pagi.
"Mangsa bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan
Jelas Kumarasan lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk bedah siasat.
Jelasnya, susulan kejadian itu, polis menahan pemandu van berusia 56 tahun kira-kira pukul 2.40 petang Rabu di kawasan Taman Bukit Indah.
Katanya, semakan rekod ke atas lelaki warga tempatan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau serta negatif penyalahgunaan dadah.
Suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kesalahan pengabaian dengan bertindak secara cuai ke atas kanak-kanak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram