
KEBAKARAN hutan yang berlaku di kawasan barat Baitulmaqdis sejak kelmarin semakin meruncing apabila ia mula menghampiri kawasan penempatan penduduk, sekali gus mendorong kerajaan Israel mengisytiharkan darurat.
Susulan kejadian itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu mengisytiharkan situasi kebakaran hutan yang semakin merebak di pinggir Baitulmaqdis sebagai darurat nasional.
Asap tebal dilihat berkepul di lebuh raya utama menuju ke bandar itu sejak Rabu apabila lebih 23 orang dilaporkan cedera, termasuk dua wanita hamil dan dua bayi.
BACA LAGI: [VIDEO] Guru maut ketika beraksi di litar lumba Melaka
BACA LAGI: [VIDEO] Ada 4 rekod jenayah, pemandu naik hantu langgar lelaki ditahan — Polis Klang
Pada masa sama, Agensi penyelamat Magen David Adom (MDA) memaklumkan kebakaran kali ini adalah antara yang terburuk dalam tempoh sedekad, dengan ratusan penduduk berisiko terjejas.
Menurut Netanyahu dalam kenyataan video rasmi, kira-kira 13 orang telah dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas dan melecur.
"Angin barat boleh tolak api terus ke pinggir Baitulmaqdis, malah ke dalam bandar. Kita perlu lebih banyak jentera bomba dan wujudkan lorong penebat api," katanya.
BREAKING: Out of control fires – Israel seeks help to contain massive wildfires near Jerusalem
Massive wildfires are spreading across western Jerusalem and the Gaza envelope, forcing the closure of Routes 1 and 3 and prompting large-scale evacuations.
The fires are nearing… pic.twitter.com/sKhlku4QPh
— Suppressed News. (@SuppressedNws) April 30, 2025
Sementara itu, laluan utama antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv ditutup sepenuhnya, dengan komuniti di sepanjang laluan itu diarah berpindah segera.
Wartawan antarabangsa melaporkan, ramai pemandu bertindak meninggalkan kenderaan masing-masing dan melarikan diri selepas api semakin menghampiri kawasan perbukitan Latrun dan Bet Shemesh.
Keadaan semakin memburuk apabila pesawat pemadam kebakaran tidak dapat beroperasi ketika ini disebabkan keadaan cuaca yang ekstrem.
Ketua bomba, Eyal Caspi, mengakui usaha memadam api kini tertumpu kepada menyelamatkan nyawa.
Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba membakar kawasan padang di bahagian selatan bandar itu.
Namun, tiada pengesahan rasmi mengaitkan tindakan sabotaj dengan kebakaran besar ini.
Netanyahu dalam masa sama turut memohon bantuan antarabangsa, termasuk dari Greece, Cyprus, Croatia, Itali dan Bulgaria.
Tiga pesawat bantuan dari Itali dan Croatia dijangka tiba dalam masa terdekat.
Menteri Keselamatan Nasional, Itamar Ben Gvir pula berkata, lebih banyak bantuan akan digerakkan dan pemindahan mangsa sedang dilakukan di beberapa kawasan terjejas.
Kebakaran besar ini berlaku ketika Israel dilanda suhu panas melampau dan angin kencang dan gabungan cuaca yang memudahkan api merebak dengan pantas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram