[VIDEO] Tak tahan tengok ibu ayah meratap anak maut kemalangan di Manjung, petugas Rela hanya mampu berpaling sorok kesedihan


  • Tular
  • Rabu, 30 Apr 2025

Tangkap layar video tular memaparkan seorang anggota RELA wanitan (bulatan merah) tidak dapat menahan kesedihan melihat reaksi ibu bapa mangsa yang maut dalam satu kemalangan di Manjung pada Isnin.

SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku di Manjung, Perak pada Isnin melibatkan seorang penunggang yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh.

Difahamkan, mangsa, Muhamad Hizkil Ramle juga merupakan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dalam kejadian yang berlaku berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Manjung itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan tersebut.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Dalam pada itu, satu video tular mengenai kejadian tersebut turut memaparkan detik-detik menyayat hati di lokasi kejadian ketika ibu bapa mangsa tiba di lokasi kemalangan.

Menerusi klip diambil orang awam, dua individu dipercayai ibu mangsa tiba di tempat kejadian untuk melihat mayat anaknya yang terbaring dan ditutupi kain di atas jalan.

Ibu kepada mangsa dilihat menyelak kain menutupi wajah anaknya dan menciumnya sebelum diikuti oleh suaminya.

Dalam pada itu, saat-saat pilu itu turut disaksikan oleh orang ramai termasuk seorang anggota RELA wanita yang berada di lokasi kejadian.

Pada awalnya, anggota terbabit cuba untuk menenangkan ibu kepada mangsa.

Namun, dia kemudiannya didapati tidak dapat menahan kesedihan dan dilihat beredar jauh dari tempat tersebut sambil menekup mukanya.

"Sedih tengok masa mak dia buka kain tutup jenazah tu, lepas itu ayah dia cium sampai akak RELA yang jaga tu jenazah pun tak tahan sedih tengok mak dia," tulis akaun X, Malaysia_Problem yang memuat naik video tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram