
REMAJA perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kuching, Sarawak sejak Selasa lalu kini dijumpai dalam keadaan selamat.
Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam di Facebook, Syifa Saffeyea ditemui pada Rabu di Serian iaitu kira-kira 60 kilometer (km) jaraknya dari lokasinya dilaporkan hilang.
Bagaimanapun punca kehilangannya masih belum dapat dipastikan lagi.
BACA LAGI: Ibu buntu misteri kehilangan anak gadis, kali terakhir dikesan pakai baju sukan sekolah di Kuching
BACA LAGI: Sempat hantar kad undangan, bakal pengantin maut kemalangan 3 hari sebelum majlis
Sebelum ini, ibunya meminta bantuan untuk menjejaki anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah selepas ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa.
Menurutnya, anaknya itu kali terakhir dilihat memakai baju sukan sekolah ungu.
Susulan itu, laporan polis berhubung kehilangannya juga sudah dibuat.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut dimaklumkan oleh kedua ibu bapa Syifa mahu pun kenyataan pihak berkuasa mengesahkan perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram