
POLIS kini sedang menyiasat kes kehilangan seorang wanita yang dijadualkan memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perkara tersebut disiasat di bawah kes penculikan dengan mangsa dipercayai diculik pada 9 April lalu.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
"Beliau dijadual memberi kenyataan berhubung siasatan oleh SPRM. SPRM juga telah mengesahkan ketidakhadirannya," katanya.
Tambahnya, laporan polis dibuat oleh peguam mangsa di Seri Kembangan, Selangor.
"Kenyataan daripada beberapa saksi, termasuk pegawai SPRM dan peguam, juga telah direkodkan. Siasatan sedang dijalankan," kata Rusdi. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram