
SERAMAI lima lelaki ditahan polis selepas disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub, Pahang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat warga Indonesia dan seorang warga tempatan yang bertindak sebagai pemandu kenderaan pacuan empat roda.
Beliau berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 5 petang sebelum mengerahkan anggota ke lokasi.
BACA LAGI: SPRM ada senarai individu termasuk pegawai bersara, terlibat ceroboh tanah Raub
BACA LAGI: Kurangkan subsidi telur mungkin strategi 'soft landing', mekanisme pasaran sihat
"Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah rumah kongsi didiami tiga warga Indonesia.
"Justeru, polis menahan kesemua lima lelaki berkenaan yang berusia antara 40 dan 65 tahun serta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes juga disiasat mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) menyenaraikan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Menurutnya, beberapa pegawai terbabit yang tersenarai sudah bersara memandangkan kes itu bermula sekitar 10 tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram