
AMALAN memberi bantuan atau makanan percuma kepada golongan memerlukan terutama gelandangan di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur sememangnya sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Namun, ia dilihat semakin memberi kesan buruk apabila makanan yang disumbangkan tidak dihabiskan, malah dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.
Perkara itu jelas dapat dilihat menerusi video tular di media sosial sejak Selasa yang memaparkan keadaan sekitar kaki lima di bandar tersebut.
BACA LAGI: SPRM ada senarai individu termasuk pegawai bersara, terlibat ceroboh tanah Raub
BACA LAGI: Rupiah jatuh mendadak, peluang besar rakyat Malaysia melancong ke Indonesia
mana mana persatuan atau NGO tolong la berhenti bagi sampah masyrakat ni makan, tak payah nak berhumanity sangat, sebab humanity korang la banyak masalah kat KL ni. Dia orang ni bukan xde duit, rokok arak boleh beli, dadah pun dia orang isap. Malu org luar tgk Malaysia macam ni pic.twitter.com/LkkLY0DkdF
— MALAYSIA PROBLEM (@Malaysia_Problm) April 27, 2025
Video itu turut menunjukkan tong sampah yang dipenuhi dengan sumbangan makanan serta bahan kering daripada orang ramai.
Dalam video sama, semua persatuan termasuk pihak badan bukan kerajaan (NGO) disarankan untuk tidak lagi meneruskan aktiviti memberi makanan percuma kepada gelandangan.
Ia bagi mengelakkan dan mengurangkan kadar pembaziran melampau di kala Malaysia sedang menjadi pengerusi ASEAN 2025.
Rata-rata warga maya turut menyokong cadangan tersebut serta menyarankan rakyat untuk lebih mementingkan golongan lebih penting seperti pesakit di hospital atau pelajar universiti.
"Sedekah pampers (lampin pakai buang) kepada pesakit-pesakit di hospital pun boleh.
"Harapnya ramailah yang boleh mulakan trend bersedekah untuk pesakit-pesakit di hospital sebab ramai yan kurang berkemampuan nak beli pampers, tisu basah dan alat kelengkapan mandi," komen @edenweill.
"Daripada buat sedekah bagi makanan dekat gelandangan, aku rasa baik bagi makanan di pusat anak yatim atau pelajar universiti," tamabah @SyaherrAhmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram