Ibu buntu misteri kehilangan anak gadis, kali terakhir dikesan pakai baju sukan sekolah di Kuching


  • Tular
  • Rabu, 30 Apr 2025

Syifa Saffeyea yang masih belum pulang ke rumah sejak Selasa.

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang di Kuching, Sarawak sejak Selasa.

Menerusi maklumat dikongsikan ibunya di akaun Facebook Piya Imbun pada Rabu, anak gadisnya itu disedari hilang selepas ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa, Kuching.

Menurutnya, anaknya yang bernama Syifa Saffeyea itu kali terakhir dilihat memakai baju sukan sekolah ungu.

BACA LAGI: Bayi 2 bulan maut, bapa rempuh belakang lori buat pusingan U di Lebuh AMJ Merlimau

BACA LAGI: SPRM ada senarai individu termasuk pegawai bersara, terlibat ceroboh tanah Raub

Dia pada masa sama memohon jasa orang ramai untuk membantu menjejaki Syifa yang masih belum pulang ke rumah sehingga sekarang.

"Tolong cari anak saya, Syifa Saffeyea. Hilang sejak semalam (Selasa) selepas sekolah. 

"Laporan polis sudah dibuat dan minta tolong cari anak saya supaya pulang dengan selamat," tulisnya.

Hantaran tersebut turut disertakan gambar Syifa yang berambut lurus dan panjang sehingga paras dada. 

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram