
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) menyenaraikan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa pegawai terbabit yang tersenarai sudah bersara memandangkan kes itu bermula sekitar 10 tahun lalu.
Mengulas perkembangan siasatan, Azam bagaimanapun berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat.
BACA LAGI: Rupiah jatuh mendadak, peluang besar rakyat Malaysia melancong ke Indonesia
BACA LAGI: Umpama MyKad, jemaah haji kini miliki kad Nusuk lengkap kod QR elak pemalsuan
Azam memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes pencerobohan tanah di Raub. — The Star
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh, bukan sahaja tertumpu kepada isu tadbir urus tetapi juga meneliti bagaimana aktiviti pembersihan tanah boleh berlaku tanpa tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan.
"SPRM sebelum ini sudah menyiasat isu yang sama pada 2021 dengan siasatan hampir selesai di peringkat pejabat tanah, tetapi siasatan semasa melibatkan gelombang pencerobohan baharu yang kelihatan berbeza daripada kes terdahulu.
"Sesetengah peneroka mendakwa mereka mengusahakan tanah itu sejak 1974.
"Jika benar pokok itu berusia 40 hingga 50 tahun, tetapi kami juga menemui pokok yang baru berusia lapan atau sembilan tahun dan jelas menunjukkan pencerobohan baru-baru ini," katanya.
Tambahnya, kerajaan negeri turut mengambil kira semua faktor, individu atau pihak yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi selepas petani mendakwa tidak berpuas hati berikutan tanaman mereka musnah.
Kerajaan Pahang bagaimanapun menafikan dakwaan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian jenis Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.
Operasi yang melibatkan pihak polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan tanah tanpa kebenaran dan ia dijangka berterusan sehingga 3 Mei ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram