PM Anwar jawab spekulasi keputusan Rafizi bercuti panjang


  • Primer
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Anwar (kiri) berkata, keputusan Rafizi untuk mengambil cuti panjang itu adalah perkara biasa.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk bercuti panjang tidak menimbulkan sebarang isu berhubung kedudukan Ahli Parlimen Pandan itu dalam kerajaan.

Menyifatkan permintaan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja, Anwar berkata, beliau juga kini sedang mencari masa sesuai untuk bercuti.

"Cuti beberapa hari saja,..tak ada isu pun. Saya pun nak cari cuti beberapa hari," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, Banting, Selangor pada Jumaat.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR bercuti sehingga 31 Mei kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti tersebut.

Anwar juga membayangkan beliau mungkin akan bercuti selepas Sidang Kemuncak Asean ke-46 yang dijadualkan pada 26 dan 27 Mei depan.

“Saya belum ambil cuti lagi, selepas sidang kemuncak ini, bolehkah saya cuti beberapa hari,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram