
MYKAD yang menjadi bukti pengenalan diri bakal memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 secara bersasar.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan sistem subsidi bersasar itu masih lagi sedang ditambah baik dengan pihaknya tidak mahu terburu-buru mengumumkannya kepada umum.
Akan tetapi, Amir Hamzah berkata, sistem subsidi RON95 itu akan menggunakan kaedah dua peringkat harga iaitu harga subsidi dan harga tanpa subsidi.
BACA LAGI: Kementerian Ekonomi tentukan siapa layak dapat subsidi RON95 — Rafizi Ramli
BACA LAGI: [VIDEO] Terlihat kenderaan nombor plat asing isi RON95, tekan saja butang kecemasan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
"Mekanisme sedang ditambah baik, dan kami tidak mahu membuat pengumuman tatkala kerja ke arah itu sedang berjalan.
"Lebih penting, kami mahu memastikan sistemnya teguh," jelas Amir Hamzah.
Amir Hamzah berkata, kira-kira 85 peratus rakyat Malaysia akan menikmati subsidi secara bersasar itu.
Katanya, penggunaan MyKad yang ketika ini dimanfaatkan sebahagian daripada 700,000 penerima SARA akan diguna pakai dalam pelaksanaan pemberian subsidi itu.
"Sebahagian daripada 700,000 penerima bantuan RM2,100 sudah menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di 3,500 kedai dan pasar raya besar seluruh negara.
"Menjelang minggu depan, jumlah penerima SARA yang menggunakan MyKad akan meningkat kepada 5.4 juta.
"Jika 5.4 juta penerima boleh menggunakan MyKad di 3,500 kedai dan pasar raya besar, apa bezanya jika MyKad digunakan untuk (subsidi) RON95?," kata Amir Hamzah. — The Star / MARTIN CARVALHO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram