[VIDEO] Ralit tengok gajet, kontraktor di China selisih maut hampir dihempap kren jatuh


  • Benua
  • Rabu, 30 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan kejadian sebuah kren yang jatuh di tapak binaan di China pada Ahad minggu lalu. — Agensi

SEORANG pekerja nyaris maut apabila sebuah kren terjatuh dan menghempap konkrit di tapak pembinaan di Nanjing, China pada Ahad minggu lalu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku ketika mangsa sedang leka dengan telefon pintarnya. 

Pekerja binaan tersebut turut dilihat berdiri sambil bersandar di timbunan konkrit sebelum kren itu jatuh secara tiba-tiba. 

BACA LAGI: Ibu buntu misteri kehilangan anak gadis, kali terakhir dikesan pakai baju sukan sekolah di Kuching

BACA LAGI: Bayi 2 bulan maut, bapa rempuh belakang lori buat pusingan U di Lebuh AMJ Merlimau

Berdasarkan laporan agensi, kren kira-kira 80 kaki panjang itu sedang dikendalikan dari sebuah bangunan di tingkat 23 ketika kejadian. 

Mangsa bagaimanapun sempat mengelak dan melarikan diri ke tepi sejurus menyedari terdapat objek yang mahu menghempapnya. 

Mangsa yang tidak memakai alat keselamatan itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut orang awam di sekitar kawasan itu, bunyi kren tumbang itu disifatkan sebagai gegaran semasa gempa bumi. 

Sementara itu, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Polis Trafik Nanjing memaklumkan, selain kerosakan pada kren itu sendiri, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan struktur bangunan di sekelilingnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram