[VIDEO] Perginya pakar salasilah keluarga, Pak Ngah Din maut kereta terbabas di Tasek Gelugor


  • Tular
  • Isnin, 28 Apr 2025

Mangsa (gambar kecil) maut selepas dirempuh sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan di Jalan Pokok Tampang, Tasek Gelugor pada Ahad.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan di Jalan Pokok Tampang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, pada Ahad.

Video mengenai kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya empat buah kenderaan termasuk sebuah kereta dan dua biji motosikal itu turut tular di media sosial.

Dalam kejadian tersebut, mangsa difahamkan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat impak rempuhan tersebut.

BACA LAGI: Mahu terus bantu PKS demi realisasi visi 'Satu Rumah, Satu Usahawan', Ejen2u kini hampiri nilai transaksi RM1 bilion

BACA LAGI: Cuaca ekstrem jejas harga kopi dunia, potensi Liberica Malaysia jadi alternatif?

Dalam pada itu, individu dipercayai anak saudara mangsa turut berkongsikan mengenai pemergian lelaki terbabit yang dikenali sebagai Abidin Musa, 71.

Menurut Mohd Bestaman Aziz, arwah turut lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah Din.

"Seorang insan yang sangat baik tutur kata dan perilaku. Seorang yang pakar salasilah susur galur keluarga dan menjadi sumber rujukan keluarga.

"Semoga syurga buat Pak Ngah. Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa Pak Ngah," tulis hantaran tersebut.

Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebaranya kenyataan berhubung kemalangan tersebut.

Difahamkan, jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Machang Bubok, Bukit Mertajam pada pagi Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram