[VIDEO] 'Tunggu mati baru buat kerja', ramai panas hati jalan berlubang dekat Shah Alam tak diturap walau kemalangan berulang


  • Tular
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Tangkap layar video tular memaparkan keadaan lubang jalan yang menjadi punca kemalangan tersebut.

ISU penyelenggaraan jalan yang teruk sememangnya menjadi masalah yang seakan-akan tiada penghujung di Malaysia.

Terbaharu, tular satu video memaparkan satu kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang dipercayai terlanggar sebuah lubang besar yang berada di tengah-tengah jalan raya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di laluan berdekatan Lebuh Raya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam, Selangor.

BACA LAGI: Miliki 3 kontena simpan ketupat palas, bisnes keluarga di Hutan Kampung mencanak lebih RM1 juta setiap kali musim perayaan

BACA LAGI: Produk wangian eksklusif Medin Fragrance mahu terjemah seni, budaya dan sejarah Malaysia

Menerusi video tersebut, seorang penunggang dilihat jatuh tergolek bersama motosikalnya di atas jalan raya.

Bagaimanapun, beberapa pengguna termasuk perakam video tersebut dilihat tampil untuk membantu dengan menyalakan lampu bagi memberi isyarat kepada kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan mengenai kemalangan yang berlaku.

Keadaan salah seorang mangsa yang berlumuran darah akibat kemalangan selepas dipercayai terlanggar lubang besar di tengah-tengah jalan. 

Lebih membimbangkan, lokasi yang mana kejadian itu terjadi turut berada dalam keadaan gelap apabila lampu jalan di tempat tersebut didapati tidak berfungsi.

Dalam pada itu, menurut perakam video berkenaan, itu merupakan kemalangan kedua yang berpunca daripada lubang besar di jalan berkenaan yang masih belum dibaiki.

"Tunggu ada mati atau viral baru buat kerja," tulis akaun mynewshub yang turut memuat naik video berkenaan pada Jumaat.

Klip sama turut memaparkan keadaan seorang penunggang wanita yang terduduk dalam keadaan berlumuran darah dipercayai selepas mengalami kemalangan di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, waktu dan tarikh sebenar kejadian itu tidak dapati dipastikan.

Dalam pada itu, setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram