
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengesahkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu dengan majoriti 5,006 undi.
Calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir memperolehi 11,065 undi meninggalkan calon Perikatan Nasional, Abd Muhaimin Malek yang mendapat 6,059 undi dan Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).
SPR turut memaklumkan terdapat 289 undi rosak dan kadar peratusan keluar mengundi ialah 58 peratus.
BACA LAGI: Cuaca ekstrem jejas harga kopi dunia, potensi Liberica Malaysia jadi alternatif?
PRK Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.
Ia merupakan pilihan raya kecil kesebelas diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram