
BELI rendah, jual tinggi; beli tinggi, jual lebih tinggi.
Itulah moto pembeli emas yang masih melabur meskipun harganya melambung tinggi.
Menurut peniaga emas, Lee Theam Loong, tiada harga 'tertinggi' kerana ia hanya akan sentiasa naik.
BACA LAGI: Harga emas mencanak, antara risiko bencana ekonomi dan mula menabung kencana
BACA LAGI: 'Harap ikut jejak Terengganu', kerajaan Selangor pertimbang larangan jual vape
Pulangan besar adalah bergantung kepada harga semasa emas. — Gambar hiasan
Lelaki berusia 55 tahun itu berkata, walaupun ramai pelanggan bertindak menjual emas mereka untuk mendapatkan pulangan atas pelaburan yang dibuat, namun ada juga membelinya sebagai simpanan masa hadapan.
"Harga emas adalah RM410 segram pada Februari dan pada 24 April ia berharga RM460 segram.
"Baru beberapa hari sebelum ini, ia meningkat kepada RM490 segram.
"Saya masih ingat ketika ia hanya RM39 segram pada awal 1990-an," katanya.
Kata Lee, kebanyakannya ingin melabur membeli emas dalam bentuk bar dengan ketulenan 99.99 peratus.
Manakala, sesetengahnya menjual emas yang mereka simpan bertahun-tahun lamanya.
"Ramai penduduk tempatan dan warga asing mendapatkan wang untuk membeli emas terutama mereka berbelanja kos persekolahan anak.
"Mereka juga kehilangan kira-kira 10 peratus nilai dengan menjual semula, tetapi harga yang tinggi memastikan mereka mendapat pulangan yang baik," tambahnya.
Penyelia kedai emas, Mashitah Md Ishak, 46, berkata, kebanyakan pelanggan wanita memilih emas dalam ketulenan 91.6 peratus juga dikenali sebagai emas 916.
"Harga emas hanya RM198 segram kira-kira lima tahun lalu tetapi kini RM470 segram.
"Dengan peningkatan nilai emas yang pesat, ramai tidak kisah membeli emas untuk dijual semula nanti.
"Banyak reka bentuk emas baharu dihasilkan berikutan peningkatan permintaan," ujarnya. — The Star/LO TERN CHERN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram