
KENAIKAN harga emas secara drastik yang direkodkan baru-baru ini memberi kejutan besar buat seluruh rakyat Malaysia.
Sebelum ini, harga emas dilaporkan melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah sehingga mencecah hampir RM500 segram setakat Sabtu.
Berita itu sekali gus memberi peluang kepada pemilik emas yang ingin menjual asetnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Zaman 'shuffle' dah berlalu, tarian 'raver' di universiti bukan lagi kejutan budaya
BACA LAGI: Seramai 11 pendulang emas dibunuh kejam, ambil masa 3 hari dibawa keluar guna helikopter
Rekod kenaikan harga emas setakat Jumaat lalu. — Bullion Rates
Selain menjadi waktu paling sesuai buat penjual emas menjalankan urus niaga, ia bagaimanapun menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.
Rata-rata warganet di media sosial meluahkan kerisauan sekiranya ia satu petanda akan berlakunya bencana dalam ekonomi dunia.
"Harga emas ini naik sebenarnya signal akan berlaku bencana ekonomi, sama ada akibat perang, kemerosotan nilai duit dan ketidaktentuan geopolitik," komen Mohd Hairol.
"Bila melihat harga emas naik sampai RM500 segram hari ini, bermakna simpanan duit semakin jatuh nilainya. Belum simpan emas hari ini, apa kata kita mula simpan emas," kata Juraidah Madu.
Kebimbangan itu juga sememangnya selari dengan amaran pembuat dasar dalam minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) baru-baru ini tentang kemungkinan risiko inflasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang sekali gus akan mengancam pasaran dunia.
Ia susulan daripada pelan tarif yang dilaksanakan oleh Presiden AS, Donald Trump sebelum ini.
Bukan itu sahaja, konflik berterusan di Asia Barat dan ketegangan perdagangan antara kuasa besar turut menambahkan kerisauan dalam pasaran global.
Justeru, rakyat Malaysia termasuk pelabur disarankan untuk terus membuat persediaan awal dengan menyimpan emas untuk dijadikan sebagai aset ketika waktu memerlukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram