
TINDAKAN tidak bertanggungjawab segelintir individu melakukan ubah suai terhadap 'port' memancing di bawah struktur dipercayai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di negeri tersebut.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, carazonaquino, klip terbabit menunjukkan binaan pemegang batang pancing atau 'rod holder' kekal yang dilakukan dengan menebuk struktur konkrit di kaki jambatan berkenaan.
BACA LAGI: Produk wangian eksklusif Medin Fragrance mahu terjemah seni, budaya dan sejarah Malaysia
"Jangan penting diri sendiri. Bahaya macam ni, kebanyakkan rod holder dekat sini depa drill jadi kekal.
"Walaupun 5mm (milimeter) bahaya boleh buat struktur jambatan retak untuk jangka masa panjang.
"Jangan sebab segelintir pemancing yang perangai macam ni, habis semua sangkut sekali," tulis hantaran tersebut yang turut dikongsikan oleh akaun Facebook, Penang Kini.
Hantaran video terbabit turut tular dan mendapat lebih 384 komen serta 178 perkongsian di Facebook dengan rata-rata daripada warganet melahirkan kemarahan mereka terhadap perbuatan tersebut.
Menerusi video terbabit, sekumpulan individu yang dilihat seperti anggota pihak berkuasa didapati sedang melakukan penilaian dan pemantauan di kawasan berkenaan.
"Ini punca lepas ni silap-silap tak boleh nak duduk bawah tu dah. Orang dah bagi mancing tu kira dah ok la. Ini pergi drill pulak," tulis Haziq Naim.
"Penting diri, pemancing lain kena tempias," ujar Photog FT.
"Ini strukturmana boleh sembarang tebuk, jambatan sentiasa bergegar,bukan macam rumah senang senang boleh tebuk.
"Ini yang tebuk mesti yang sentiasa ulang alik datang situ. (Kalau) buat pemantauan mesti kantoi beruk tu,jenis ego macam ini bagi susah kat orang lain," Bang Ja.
Setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram