Idea tercetus ketika berkelana di Vietnam, anak jati Pulau Pinang di sebalik syarikat taman tema alternatif


  • Bizz
  • Selasa, 22 Apr 2025

Pengunjung kanak-kanak bergembira mmelakukan aktiviti di taman permainan pengembaraan Escape Penang semasa sambutan Hari Kanak-kanak di Seri Mutiara di Pulau Pinang pada tahun lalu.

PADA 1998, Datuk Sim Choo Kheng tinggal bersama penduduk tempatan di sebuah perkampungan Vietnam di Thu Duc, di luar Bandar Ho Chi Minh.

Pengasas Sim Leisure Group telah mengusahakan projek pembinaan taman tema apabila sumber inspirasi yang tidak dijangka mula timbul dalam fikirannya.

Dalam kalangan masyarakat kampung, beliau memerhatikan cara kanak-kanak secara bebas, mencipta permainan sendiri dan berinteraksi secara aktif dengan alam semula jadi.

BACA LAGI: Survival tukang jahit, dulu nak dekat raya makin rancak kini suram, bersaing jualan online

BACA LAGI: Wau buatan pemuda Selayang pernah disewa hingga cecah RM25,000, tarik minat pembeli warga Perancis

"Saya melihat semula zaman kanak-kanak saya sendiri dalam diri mereka.

"Kanak-kanak dan juga orang dewasa menerbangkan layang-layang, memanjat pokok, bermain gasing dan melakukan permainan mudah seperti membaling bola tenis ke batu bata," katanya.

Year one pupils of SJKC Sin Kang in Jalan Shaik Madar start using tablets instead of textbooks, donated by escape founder Datuk Sim Choo Kheng.( August 01, 2024.)¡ªCHAN BOON KAI/The Star

Pengasas Sim Leisure Group, Datuk Sim Choo Kheng.

Pemandangan itu mengingatkan anak kelahiran Pulau Pinang itu tentang pengalaman bermain yang meriah semasa membesar di kampung di tepi hutan hujan tropika.

“Saya terfikir sendiri mengapa kita tidak boleh membina taman tema berdasarkan cara kanak-kanak bermain dahulu,” katanya.

Choo Kheng kemudiannya mula memikirkan tentang konsep awal untuk membentuk jenama taman tema pengembaraan luar iaitu Escape. 

Ia melibatkan tarikan yang dibina di sekitar aktiviti berasaskan alam semula jadi seperti memanjat pokok, berlumba menuruni bukit dan bermandi ke dalam kolam.

Satu alternatif radikal berbanding taman tema ekstrem dan taman hiburan berasaskan filem, taman tema berkonsep taman eko retro itu adalah yang pertama seumpamanya. 

Walaupun banyak percubaan untuk mempromosikan idea itu kepada pelanggannya, hanya sedikit yang yakin dengan impaknya.

Hanya beberapa tahun kemudian, apabila beliau mendapat panggilan mengenai kerajaan Pulau Pinang memohon cadangan untuk mengubah plot seluas 17.8 hektar di Teluk Bahang menjadi tarikan pelancong, konsep Escape mula terbentuk.

"Rasanya seperti satu kitaran bulatan penuh, setelah membina taman di seluruh dunia, untuk kemudian kembali dan mencipta ini di tempat saya dilahirkan," katanya. 

Sim Leisure memenangi kontrak itu dan taman pengembaraan eko telah dilancarkan pada 2012.

Terdapat keraguan tentang daya majunya tetapi Choo Kheng yakin bahawa ia pasaran untuk taman tema berasaskan alam semula jadi memiliki pasaran yang tersendiri.

"Saya tahu bahawa orang sudah bosan dengan konsep lama yang sudah menjadi kebiasaan. Mereka mahu sesuatu yang lebih baik dan berhubung semula dengan aktiviti luar," katanya.

Telahan dan visi yang dibawa Choo Kheng ternyata dibuktikan benar.

Kejayaan Escape Penang sejak itu telah melahirkan beberapa cawangan luar di seluruh negara termasuk di Ipoh, Johor Bahru, Petaling Jaya dan terbaharu, Putrajaya.

Fasa pertumbuhan seterusnya adalah untuk mengubah Escape daripada tarikan perjalanan sehari kepada tawaran menggunakan format resort.

"Satu-satunya cara untuk kami meningkatkan perbelanjaan setiap had adalah dengan melanjutkan bilangan hari pelawat berada di sana. Ini bermakna menawarkan penginapan semalam," jelasnya.

Childrens enjoy together at the adventure playground by Escape Penang during the Children's Day celebration at Seri Mutiara in Penang. (November 9, 2024) — ZHAFARAN NASIB/The Star.

Antara aktiviti luar terdapat di Escape Penang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pengalaman itu akan kekal sesuai dengan tema luar lasak yang cukup popular serta sinonim dengan jenamanya.

Base Camp, pakej tapak perkhemahan berbilang hari, mewakili peringkat pertama langkah ke arah tersebut.

Tersedia di Escape Penang dan Escape Ipoh, Base Camp menawarkan pilihan penginapan yang unik antara hari-hari penuh aksi dihabiskan di taman, yang mana tetamu tidur di dalam khemah berhawa dingin berbumbungkan bintang di langit dan mengambil bahagian dalam aktiviti seperti memancing waktu malam, barbeku dan aktiviti berkumpul di sekeliling unggun api.

Choo Kheng mendedahkan bahawa langkah seterusnya ialah memperkenalkan karavan dan rumah bergerak ke dalam gabungan perkhidmatannya untuk memberikan tetamu pengalaman lebih mencabar dan menarik.

"Kami tidak menjual keselesaan. Kami menjalankan perniagaan menjual keseronokan," katanya.

Etos itu tercermin dalam slogan Escape iaitu "senyuman dalam setiap sejam". 

"Semua pasukan kami mempunyai satu objektif, iaitu memaksimumkan jumlah senyuman, ketawa dan keriangan yang diperoleh pelanggan apabila mereka berada di sini. 

"Itulah penanda aras kami untuk mengetahui bahawa mereka mempunyai masa yang terbaik," ujarnya.

Untuk mencapai matlamat tersebut, syarikat memberi penekanan yang ketara terhadap inovasi dalam taman tema. 

"Seboleh-bolehnya, kami membina dan mereka bentuk sendiri pengalaman tersebut," katanya.

Pendekatan tersebut bukan sahaja membezakan jenamanya daripada pesaing, tetapi juga mengawal kos tinggi yang biasanya datang bagi mengoperasikan taman tema.

"Kami tidak perlu mempunyai belanjawan yang besar, tetapi apa yang kami perlukan ialah kos kreativiti yang besar," jelasnya.

Menurut Choo Kheng, visi yang lebih luas untuk jenama Escape ialah pengembangan serantau, khususnya di Asia Tenggara dan China.

"Kami melihat peluang yang besar dalam pasaran ini," katanya, memetik persamaan rapat dalam tabiat perbelanjaan pengguna dan kos perniagaan yang setanding dalam sektor tersebut.

"Di bahagian Asia ini, kami mempunyai keutamaan yang berbeza dan cenderung untuk membelanjakan lebih sedikit untuk masa lapang berbanding komuniti Eropah," tambahnya.

Wilayah ini juga mempunyai populasi muda jauh lebih besar untuk dipenuhi. 

Selain itu, pada pandangannya, persaingan dalam pasaran tidak begitu sengit.

"Majoriti taman di Asia gagal kerana pemiliknya bukan dari industri, tetapi selalunya pemaju hartanah. Mereka jarang dimiliki oleh orang yang mempunyai taman tema dalam DNA mereka," katanya.

Childrens enjoy together at the adventure playground by Escape Penang during the Children's Day celebration at Seri Mutiara in Penang. (November 9, 2024) — ZHAFARAN NASIB/The Star.

Choo Kheng mendedahkan bahawa langkah seterusnya ialah memperkenalkan karavan dan rumah bergerak ke dalam gabungan perkhidmatannya untuk memberikan tetamu pengalaman lebih mencabar dan menarik.

Di luar jenama Escape, Sim Leisure memiliki dan menguruskan tarikan pendidikan kerjaya popular KidZania di Kuala Lumpur dan Singapura. 

Kumpulan itu juga terus menggunakan pengalaman antarabangsa selama tiga dekad dalam reka bentuk dan pembinaan taman tema dalam kerjanya.

Pada masa ini, pasukan itu sedang mengusahakan satu lagi konsep baharu yang dipanggil Play Mall, yang akan menyaksikan pusat beli-belah berubah menjadi hab hiburan keluarga yang menampilkan pelbagai jenama pengalaman masa lapang dan permainan.

"Ia akan menjadi sebab baharu untuk orang ramai pergi ke pusat membeli-belah," kata Choo Kheng.

Salah satu jenama tersebut ialah Haven XR, tawaran pengembaraan bercerita sinematik realiti maya yang mengasyikkan.

Satu lagi jenama pula akan menyediakan simulasi dalaman roller-coaster sedang dibangunkan yang dikenali sebagai Sim Coaster. 

"Ia akan mengambil satu peratus daripada ruang diperlukan untuk coaster sebenar dan kurang daripada lima peratus daripada belanjawan, tetapi memberikan pengalaman lebih kaya," katanya.

Menampilkan pelbagai sensasi seperti efek angin, titisan air, getaran dan bau, pengalaman tunggangan itu membuka dunia kemungkinan untuk inovasi, kata Choo Kheng.

"Ini hanyalah soal memanfaatkan teknologi yang tersedia dan menggabungkannya menggunakan kreativiti kami," katanya. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram