[VIDEO] 'Dia buat lepas solat asar', kualiti kuih mak cik jual di simpang lampu isyarat Bachok dipuji ramai, wajar jadi contoh


  • Tular
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Tangkap layar seorang warga emas yang menjual kuih-muih tempatan di sebuah jalan raya dekat Bachok, Kelantan.

SEORANG  warga emas yang menjual kuih-muih tempatan di sebuah jalan raya dekat Bachok, Kelantan mencuri perhatian ramai selepas kisahnya dikongsi di media sosial.

Manakan tidak, melalui perkongsian seorang pempengaruh media sosial, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi melalui akaun instagramnya, @foundermisi, warga emas wanita berusia lebih 70 tahun itu tersebut dilihat berdiri di persimpangan sebuah lampu isyarat.

Labih menyedihkan lagi, dia tetap gagah menawarkan kuihnya kepada setiap kenderaan yang lalu dengan penuh semangat.

BACA LAGI: [VIDEO] Mok Awe cedera parah diserang gajah liar di Kuala Krai

BACA LAGI: [VIDEO] Staf MAS hilang ketika memancing di bawah jambatan Klang ditemukan lemas

Walaupun ramai yang tidak sempat berhenti kerana mengejar waktu berbuka, nasibnya berubah apabila Nur Ahmad Faiz bersama isterinya  memilih untuk membeli semua jualan warga emas berkenaan.

 

 

 

 

Menurut Nur Ahmad Faiz, waktu kejadian, dia dalam perjalanan dari Bachok ke Kota Bharu dan ternampak warga emas berkenaan gigih berniaga dari kereta ke kereta bagi menjual kuihnya.

Tersentuh dengan usaha peniaga itu, dia dan isterinya mengambil keputusan untuk berhenti serta membeli kesemua kuih yang dijual.

"Saya buat kebaikan bukan kerana saya baik, tetapi saya gembira melihat bagaimana ALLAH mengatur segala sesuatu, termasuk aturan pada diri saya sendiri," katanya dalam catatan yang dikongsikan.

Dalam video tersebut, kedengaran warga emas tersebut memaklumkan dia membuat sendiri kuih yang dijualnya bagi menjamin kualiti makanan yang dijual. 

Difahamkan, warga emas itu hanya mula membuat kuih selepas menunaikan solat Asar bagi memastikan kesegaran dan kualiti produknya terjamin.

Susulan itu, seorang pengguna media sosial, ayaqhaliaaismin, memuji mak cik tersebut kerana menjaga kualiti jualannya.

"Dia jaga kualiti, dia tak buat awal tetapi selepas solat asar. Makcik win, Insya-ALLAH, orang sudah tahu dan dengar. Selepas ini pasti laris, Amin," tulisnya.

Kisah warga emas itu turut mendapat sambutan hangat daripada warganet, yang rata-rata memuji kecekalan mak cik tersebut dalam mencari rezeki serta keikhlasan individu yang membantunya.

Ia sekali gus menjadi bukti bahawa kebaikan, walaupun kecil, mampu memberikan impak besar dalam kehidupan seseorang. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram