
DUA remaja bernasib baik selepas diselamatkan daripada dibawa ombak besar oleh sekumpulan pemancing dari Group Drone Fishing Pantai Selatan di Pantai Ketawangrejo, Jawa Tengah, Indonesian pada Rabu lalu.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa itu sedang bermandi-manda sebelum seorang daripadanya terhanyut dalam arus deras sehingga ke tengah pantai.
Berdasarkan maklumat dikongsikan seorang warga tempatan, Longgar Budiwanto, mangsa yang terbawa arus itu berada di tengah pantai selama kira-kira sejam.
BACA LAGI: YB 'sekolahkan' MBMB ekoran wanita Melaka berdepan detik memalukan ketika joging tengah malam
"Ketika itu, semua orang panik lalu mengambil keputusan untuk gunakan joran milik Riwan dari kumpulan pemancing yang sedang memancing untuk membantu selamatkan mangsa.
"Jadi, gabus dilempar ke tengah menggunakan joran pancing dan bila sudah berjaya digapai mangsa, kami semua tarik dia ke darat," katanya.
Budi berkata, mangsa bernama Triandika, 17, berjaya diselamatkan dan dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram