
SATU kemalangan dilaporkan berlaku membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sungai Choh, Rawang, Selangor pada Jumaat.
Menerusi video tular di media sosial, kemalangan itu berpunca daripada seorang penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan.
Penunggang terbabit dilihat memecut dan melanggar lampu isyarat yang sedang merah.
BACA LAGI: 'Harap ikut jejak Terengganu', kerajaan Selangor pertimbang larangan jual vape
BACA LAGI: ‘Bella Braders’ belasah pemuda sampai lunyai di Plentong mengaku salah, dibenar ikat jamin
Pada masa sama, sekumpulan pelajar itu pula dalam perjalanan untuk melintas.
Penunggang tersebut bagaimanapun gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh mangsa.
Dalam video itu, kelihatan seorang daripada sekumpulan pelajar itu gagal mengelak dan terjatuh selepas dilanggar.
Manakala, beberapa pelajar lain sempat melarikan diri ke kawasan selamat.
Setakat ini, keadaan mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan parah atau tidak.
Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram