[VIDEO] Tular video dakwa Pakistan kerah tentera ke wilayah Kashmir, 2 negara nuklear kini di ambang perang


  • Benua
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Pasukan tentera India yang berada di wilayah Kashmir yang ditadbir negara tersebut. — Agensi

KETEGANGAN hubungan antara India dan Pakistan menunjukkan peningkatan drastik susulan serangan maut kumpulan militan di bahagian Kashmir yang ditadbir India pada Selasa sehingga mencetuskan tindakan balas ketenteraan antara kedua-dua buah negara.

Perkembangan terbabit menimbulkan kebimbangan terhadap lonjakan aktiviti ketenteraan antara kedua-dua buah negara yang memiliki senjata nuklear itu.

India dan Pakistan kedua-duanya menguasai sebahagian daripada wilayah Kashmir.

BACA LAGI: Miliki 3 kontena simpan ketupat palas, bisnes keluarga di Hutan Kampung mencanak lebih RM1 juta setiap kali musim perayaan

BACA LAGI: Produk wangian eksklusif Medin Fragrance mahu terjemah seni, budaya dan sejarah Malaysia

Kedua-dua pihak cuba membuat tuntutan penuh terhadap wilayah berkenaan yang turut menyaksikan berlakunya tiga peperangan sejak mereka mendapat kemerdekaan daripada Britain.

Dalam kejadian serangan pada Selasa, 26 daripada pelancong yang terbunuh adalah warga India.

New Delhi dengan segera menuding jari ke arah Pakistan, sekali gus menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Pasukan keselamatan India memeriksa lokasi yang mana militan melepaskan tembakan ke arah pelancong di Pahalgam Kashmir yang ditadbir India. — Agensi

India turut menggantung penyertaannya dalam perjanjian perkongsian air yang penting.

Pakistan telah menafikan penglibatannya dalam serangan tersebut dan menyatakan bahawa sebarang percubaan untuk menghentikan atau mengalihkan air milik Pakistan oleh India akan dianggap sebagai satu tindakan perang.

Sementara itu, peningkatan ketegangan itu turut dilaporkan di media sosial dengan beberapa video tular memaparkan peningkatan aktiviti ketenteraan oleh kedua-dua negara.

Salah satu klip beredar turut mendakwa bahawa pasukan tentera Pakistan dipercayai mengerahkan pertambahan tenteranya ke arah kawasan Utara Kashmir yang dikawal oleh India.

Pasukan tentera Pakistan yang besar menuju ke utara ke arah Kashmir.

Malah, media pada Jumaat melaporkan tentera dari Pakistan dan India saling berbalas tembakan selama semalaman di garisan kawalan wilayah yang menjadi di Kashmir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggesa kedua-dua negara supaya mengambil langkah "bertengang secara maksimum" susulan serangan militan yang berlaku pada Selasa.

Syed Ashfaq Gilani, seorang pegawai kerajaan di Kashmir yang ditadbir Pakistan, memberitahu Agence France-Presse pada Jumaat bahawa kedua-dua pasukan tentera saling berbalas tembakan di sepanjang garis kawalan yang memisahkan kedua-dua negara.

"Tiada tembakan terhadap penduduk awam," tambahnya.

Tentera India mengesahkan terdapat tembakan terkawal melibaktan senjata kecil yang dikatakan telah dimulakan oleh Pakistan, sambil menambah ia telah "bertindak balas dengan berkesan".

Tiga pegawai tentera India memberitahu Reuters bahawa askar Pakistan menggunakan senjata kecil untuk menembak ke arah kedudukan tenterea India.

Pegawai, yang tidak mahu namanya disiarkan selaras dengan dasar jabatan berkata, tentera India bertindak balas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiada komen segera dari Pakistan, dan insiden itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Sebelum ini, kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain sebagai punca yang memulakan pertempuran di sempadan di Kashmir.

Kashmir telah menjadi titik permaslahan dalam hubungan India-Pakistan sejak kedua-dua negara memperoleh kemerdekaan mereka daripada Britain pada 1947.

Wilayah yang terpisah itu kini merupakan salah satu tempat paling aktif di dunia dengan aktiviti ketenteraan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram