[VIDEO] Menyamar rider buat kegiatan samun di Melaka, lelaki kena kejar sejauh 12km sebelum dicekup


  • Tular
  • Khamis, 24 Apr 2025

Tangkap layar video tular memaparkan suspek dikejar oleh orang awam selepas modus operandinya menyamun dengan menyamar menjadi pekerja penghantar barangan dikesan.

KEGIATAN seorang lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan kes samun dan ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan di Melaka terbongkar selepas dia ditangkap orang ramai pada Rabu.

Malah, dalam kejadian tersebut, suspek dilapor turut dikejar sejauh kira-kira 12 kilometer (KM) sebelum berjaya ditahan.

Beberapa video mengenai kejadian tersebut turut tular di media sosial yang menyaksikan tindakan beberapa individu yang bertindak mengejar dan memberkas suspek.

BACA LAGI: Survival tukang jahit, dulu nak dekat raya makin rancak kini suram, bersaing jualan online

BACA LAGI: Wau buatan pemuda Selayang pernah disewa hingga cecah RM25,000, tarik minat pembeli warga Perancis

Malah, ada antara klip dikongsi turut memaparkan rasa tidak puas hati yang dikongsikan pekerja penghantar makanan terhadap suspek kerana didakwa menjejaskan imej pekerjaan mereka.

Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia linkungan 30-an menyamar sebagai penghantar makanan dengan meletakkan beg berjenama syarikat penghantaran makanan pada motosikal yang ditunggangnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan mengenai penahanan suspek.

Katanya, polis juga akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat mengenai kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram